SANTAI | Bergambar di dalam Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau... |
Enam daripada tujuh orang guru pelatih ini berasal dari Daerah Tawau manakala seorang lagi iaitu Cik Zurianie berasal daripada Miri, Sarawak. Dan bagai sirih pulang ke gagang, tiga orang daripadanya adalah bekas pelajar SM Teknik Tawau pada sesi 2007/08 dan sesi 2008/09.
Secara amnya, ROS atau Rancangan Orientasi Sekolah adalah program yang mendedahkan alam persekolahan kepada guru pelatih. Dalam erti kata lain, ROS bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk mendekati dan memahami fungsi dan organisasi sekolah sebagai sebuah institut pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah.
Dari kiri: Cik Salasiah Binti Abdullah (Binaan Bangunan), Cik Nur Azurine Bt Rusdu (Seni Kulinari), Cik Zurianie Bt Zailanie (Seni Kulinari), Encik Mohd Khairul Anwar Bin Abdul Samid (Binaan Bangunan), Cik Norsyuhaidah Bt Zaid (Seni Kulinari), Cik Ramlah Bt Pandu (Elektrik dan Elektronik), Cik Masita Bt Herman (Seni Kulinari).
Semoga segala tugasan dan laporan dapat disiapkan dengan cemerlang.... Selamat menjalani ROS di Kolej Vokasional Tawau....