Kursus Dalaman: PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)

Penceramah untuk Kursus PLC, Cikgu Sabas...

Kursus ini telah berlangsung hari ini, 15 Ogos 2014 di Bilik BMG1 dan dikendalikan oleh Cikgu Sabas Bin Mohammad Ali bersama Cikgu Hartini Binti Mokhsin. Kursus selama dua jam ini terbahagi kepada dua sesi iaitu:

Sesi 1: Pengenalan PLC
Sesi 2: Learning Study Group dan Peer Coaching


Secara keseluruhannya, PLC ialah singkatan kepada program Profesional Learning Communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.

Para peserta kursus PLC...
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )

GAMBAR KENANGAN | Peserta kursus PLC bersama penceramah...




Maklumat lanjut mengenai PLC boleh di baca di sini:
http://khairulzamriupsi.blogspot.com/2012/11/profesional-learning-communities-plc.html
http://blogr.my/fr/178177/professional-learning-communities-plc-cikguhailmi.html
MODUL KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL.pdf