SSC 2014: Perantis Tangan Emas Bawa Balik RM4000...

Gambar kenangan | Cikgu Kasim Ambosaka (baju putih) bersama peserta Kolej Vokasional Tawau (dari kiri) Iwan Kishra Bin Aslih,  Mohd Yadiy Bin Jamil dan Muhammad Asrul Bin Mohd Arsad
Daripada tiga peserta yang layak ke Pertandingan Akhir Sabah Skills Competition (SSC) 2014 dalam Kategori Sekolah Menengah (Rujuk entri: KV Tawau Beraksi di Peringkat Akhir SSC 2014) pada 16 Ogos 2014 di SURIA Sabah Shopping Mall, dua orang berjaya mengenggam gelaran Juara dan tempat ke-tiga. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Asrul Bin Mohd Arsad dan Mohd Yadiy Bin Jamil yang masing-masing membawa pulang RM3000 dan RM1000.

Muhammad Asrul berjaya mencatatkan markah tertinggi diantara 8 peserta yang bertanding dalam pusingan akhir. Ini merupakan pencapaian yang sangat mengujakan kerana dalam pertandingan pra kelayakan, Asrul hanya menduduki tempat ke-empat keseluruhan.

Trofi dan sijil yang telah dimenangi...
Tahniah sekali lagi kepada barisan guru pengiring dan guru penasihat Kelab Rekacipta Kolej Vokasional Tawau yang sememangnya tidak pernah menghampakan harapan kolej dalam mana-mana pertandingan yang disertai. Kepada hero Tangan Emas, Cikgu Kasim Ambosaka, kepuasan seperti ini sememangnya hanya boleh dikecapi dengan usaha dan bimbingan yang gigih dan terancang... Tahniah sekali lagii... 

Selepas pertandingan ini, Pasukan Rekacipta Kolej Vokasional Tawau masih mempunyai misi dalam pertandingan seterusnya. Semoga keazaman dan semangat daripada Pertandingan SSC 2014 akan terus mengiringi pasukan ini untuk mengenggam kejuaraan seterusnya...

Video Pertandingan Akhir SSC 2014 (http://www.ilpkk.gov.my)