KV Tawau Beraksi di Peringkat Akhir SSC 2014

Pertandingan Pra Kelayakan SSC 2014 atau Sabah Skills Competition 2014 pada 7 Ogos 2014 yang lalu menyaksikan Pasukan Rekacipta KV Tawau yang diwakili oleh pelajar dari Kursus Teknologi Elektronik layak beraksi di pentas pertandingan akhir pada 16 Ogos 2014 di SURIA Sabah Shopping Mall.

Walau bagaimanapun, hanya tiga daripada empat peserta dari KV Tawau yang akan bersaing dalam pertandingan akhir apabila Nur Hasmirah Binti Hamid tersingkir. Kekecewaaan mungkin terubat apabila peserta KV Tawau, Mohd Yadiy Bin Jamil mencatat markah tertinggi melebihi 90% dalam pusingan kelayakan ini.

Tahniah kepada para peserta, guru pengiring dan jurulatih, terutamanya Cikgu Kasim Ambosaka yang telah berusaha membentuk pasukan yang mantap untuk menghadapi pertandingan ini. Berikut ialah para peserta pertandingan pra kelayakan dari Kolej Vokasional Tawau. Gambar adalah ikhsan daripada Cikgu Kasim Ambosaka.

Para peserta Pertandingan Pra Kelayakan SSC 2014 dari Kolej Vokasional Tawau...
Mohd Yadiy Bin Jamil                      Iwan Kishra Bin Aslih

Muhammad Asrul Bin Mohd Arsad               Nur Hasmirah Binti Hamid

Keputusan Rasmi Pertandingan Pra Kelayakan SSC 2014 boleh diakses disini: http://www.ilpkk.gov.my/SSC2014/keputusan-pra-kelayakan/


Flyer Pertandingan Akhir SSC 2014

 Maklumat lanjut tentang pertandingan ini boleh di akses di: http://www.ilpkk.gov.my/SSC2014/