Pasukan Robotik KV Tawau ke Peringkat Kebangsaan

Sebanyak 13 buah sekolah rendah dan 36 buah sekolah menengah telah menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2014 yang telah diadakan di SM Lok Yuk, Kota Kinabalu pada 9 Ogos 2014 yang lalu.

Pertandingan Robotik ini adalah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Sains Negara, Sasbadi Holding Berhad serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Lima kategori pertandingan adalah seperti berikut:

• Kategori Regular (Sekolah Rendah) – Acara : Rocket
• Kategori Regular (Sekolah Menengah Rendah) – Acara : Sputnik
• Kategori Regular (Sekolah Menengah Atas) – Acara : Space Station
• Kategori Open – Tema : Robots & Space
• Kategori GEN II Football


Kolej Vokasional Tawau telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalam Kategori Open: Robots & Space, dan kedua-dua pasukan berjaya merangkul tempat pertama dan ketiga serta turut memenangi Anugerah Inovasi Terbaik dan Anugerah Semangat Berpasukan Terbaik.


KAMI JUARA | Peserta dari Kolej Vokasional Tawau bersama Pingat Emas, Gangsa dan anugerah yang yang dimenangi.... | Foto oleh Cikgu Merlinda
Piala dan plak yang telah dimenangi.... | Foto oleh Cikgu Merlinda
Pasukan yang menjadi Johan pertandingan akan mewakili Negeri Sabah ke Pertandingan Robotik Kebangsaan pada 23 – 25 September nanti.

Tahniah kepada semua peserta dan guru pengiring serta jurulatih yang telah mengilhamkan kemenangan yang manis buat Kolej Vokasional Tawau dalam pertandingan ini...


Sumber: http://www.khabarkinabalu.com/keputusan-pertandingan-robotik-kebangsaan-sabah/
Rujuk 2014 National Robotics Competition (NRC): http://nrc.sasbadi.com/index.php