Program EDUTOUR: XPLORASI INDONESIA (Jakarta - Bandung)

Gambar kenangan Pengarah Kolej Vokasional Tawau bersama rombongan Program Explorasi Indonesia 2014
Program EDUTOUR: Xplorasi Indonesia ini adalah anjuran Unit EDUTOUR yang diketuai oleh penyelaras Cikgu Adibah Binti Aspah. Program yang telah dirancang sejak awal tahun ini telah melalui beberapa halangan namun dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh
penyelaras dan jawatankuasanya, segala halangan berjaya diatasi dan kini, mereka sudahpun berada di Negara Indonesia untuk meneruskan misi yang telah disenaraikan sebelum ini.

Penyelaras EDUTOUR, Cikgu Adibah
Rombongan ini adalah seramai 34 orang yang terdiri daripada 16 orang guru (termasuk pentadbir), 14 orang pelajar dan 4 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).


Selain daripada membuat lawatan ke institusi pendidikan di Jakarta dan Bandung, rombongan ini turut menyertai Pertandingan ICT (International ICT Competition Bandung 2014), Pertandingan Kemahiran dalam Bidang Kosmetologi dan Demonstrasi Makanan (Bakeri).


Rombongan ini yang bertolak pada 12 Ogos yang lepas, dijangka akan kembali ke Kolej Vokasional Tawau pada 18 Ogos 2014.


Semoga perjalanan mereka akan sentiasa dalam keadaan selamat dan mendapat keputusan yang membanggakan dalam pertandingan yang disertai supaya nama Kolej Vokasional Tawau turut menjadi sebutan di Negara Indonesia.

Para peserta International ICT Competition Bandung 2014 bersama Cikgu Siti Aisyah
Ustaz Mohd Kamarul mengetuai bacaan doa sebelum rombongan bertolak...