Tiga Hari Yang Penuh Dengan Ilmu

Gambar kenangan Cikgu Saparuddin Labenga bersama pelajar SKM 2014
Seminar Teknik Menjawab SPM 2014 berlangsung semalam (13 Ogos 2014), dimulakan oleh Unit Sains. Seminar yang dilakukan setiap tahun ini bertujuan untuk memberikan tips bagaimana untuk mendapatkan markah maksimum daripada setiap soalan spm.

Bilangan peserta seminar teknik menjawab kali ini sangat sedikit kerana hanya melibatkan dua buah kelas iaitu Kelas SKM Elektrik dan Kelas SKM Automotif berbanding 15 kelas pada tahun sebelumnya.

Bacaan doa untuk memberkati program ini...
Cikgu Saparuddin Labenga dari SMK Merotai...
Ok... Salin tips yang berikut.... | Antara ungkapan yang sering didengari sepanjang program ini berlangsung...
Salah seorang peserta, Mohd Iqwan sedang menjawab soalan yang disediakan...

Unit Sains kali ini menjemput Cikgu Saparuddin Bin Labenga dari SMK Merotai yang berpengalaman lebih kurang 15 tahun mengajar matapelajaran Sains SPM dan juga PMR. 

TERIMA KASIH... | Lain kali datang lagi... Cikgu Hartini menyampaikan sumbangan dan cenderakenangan kepada Cikgu Saparuddin kerana kerjasama yang diberikan...

Selepas giliran Unit Sains, Unit Pendidikan Islam mengambil alih program seminar teknik menjawab lebih kurang jam 10.00 pagi. Jadual Seminar Teknik Menjawab sepanjang minggu boleh dirujuk dibawah:

Ustaz Jamree memperkenalkan penceramah, Ustazah Zakiah kepada para peserta program...
Jadual Seminar Peningkatan Akademik SPM Pelajar Tingkatan 5 SKM 2014

Semoga semua pelajar yang terlibat dalam progam ini akan mendapat pengetahuan baru dan mengaplikasikannya dalam setiap peperiksaan yang dilalui terutamanya peperiksaan SPM nanti...