Latihan Internship Program VTO I031-3

Dari kiri: Nuraini Binti Sulaiman dan Nursyahirah Binti Nurdin.

Dua pelajar dari Kampus Satelit CIAST KYS, Kota Kinabalu, Sabah akan menjalani Latihan Internship Program VTO I031-3 di Bengkel Kursus Kosmetologi selama 6 bulan bermula kelmarin, 8/9/2014. Difahamkan beberapa orang lagi akan menyusul selepas ini, tetapi belum ada maklumat yang pasti.

Daripada dua orang pelatih ini, Nursyahirah adalah bekas pelajar SM Teknik Tawau pada tahun 2012.
Para pelatih melaporkan diri kepada TPA, Encik Azman Mansor lebih kurang jam 9.40 pagi.