EASYCOMM: Produk Inovasi Murid KV Tawau ke Karnival Kolej Vokasional 1 Malaysia 2014

Pasukan Rekacipta Kolej Vokasional Tawau di bawah bimbingan Tangan Emas, Cikgu Kasim Ambosaka.. | Foto: Cikgu Kasim Ambosaka

Pasukan Rekacipta Kolej Vokasional Tawau bakal bertolak pada hari Ahad ini untuk bersaing dalam Karnival Kolej Vokasional 1 Malaysia yang akan diadakan pada 9 hingga 10 September 2014 di UTC Kuantan, Pahang.

Pasukan Rekacipta (RC) akan bertanding dalam Kategori Inovasi Murid.

Inovasi yang cuba diketengahkan pada pertandingan kali ini ialah EASYCOMM, alat intercom setempat tanpa wayar yang disasarkan untuk kegunaan sekolah, ladang atau kawalan keselamatan.

Kepada para peminat inovasi tempatan, jangan lupa untuk singgah ke Booth Pameran Inovasi Kolej Vokasional Tawau untuk mengalami sendiri pengalaman menggunakan alat ini.

Acara lain yang diadakan ialah:
  • Pencarian Duta Inovasi 
  • Classroom of the 21st Century
  • Bahas Bahasa Inggeris
  • Inovasi Guru
  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
  • Pameran & Jualan Produk School Enterprise (SE)
  • Pameran Terowong Masa
  • Demonstrasi Kemahiran 
  • Dialog Nasional TPV
Maklumat lanjut mengenai karnival ini boleh diakses di laman BPTV:  http://www.bptv.edu.my/v4/index.php/bahagian/252-karnival-kv-1-malaysia