Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan KV Tawau 2014

Perarakan keluar Bendera Malaysia bersama Bendera Negeri selepas nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku...
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Kolej Vokasional Tawau telah dilangsungkan dengan meriah pada hari ini, 15 September 2014, sehari sebelum sambutan Hari Malaysia ke-51. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan YDP PIBG, Encik Haris Laksamana Bin Bahrom.


Tetamu kehormat masuk ke dalam dewan dengan di dahului oleh para pembawa bunga manggar...
Ucapan penuh semangat daripada Encik Haris Laksamana...
Cenderahati kenangan kepada Perasmi Majlis disampaikan oleh Pengarah...
Dalam ucapan perasmiannya, Encik Haris menasihatkan para pelajar supaya memelihara kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini dengan semangat patriotik yang tinggi. Bukan setakat semasa majlis ini tetapi dihayati dalam kehidupan seharian diiringi dengan pengetahuan mengenai sejarah kemerdekaan itu sendiri.

Selepas ucapan perasmian, majlis diserikan lagi dengan tayangan video kemerdekaan hasil garapan Pahaikan.com yang merangkumi Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan ucapan kemerdekaan daripada guru dan pelajar Kolej Vokasional Tawau. Tarian zapin disajikan selepas tayangan video tamat.

Sila tukarkan setting Quality kepada 720p untuk paparan yang lebih memuaskan... | Terima kasih kepada Cikgu Juridah yang telah memuatnaik video ini ke YouTube

Tarian Zapin...
Majlis ini diselangselikan dengan penyampaian hadiah dan persembahan.

Antara penerima hadiah sempena aktiviti Bulan Kemerdekaan...
Persembahan Pidato Kemerdekaan...
Persembahan nyanyian Lagu Di Garhayu Tanah Airku...
KENANGAN MANIS | Timbalan YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada anaknya sendiri
Persembahan dikir barat oleh pelajar asrama...
Selepas semua sesi persembahan dan penyampaian hadiah, majlis diakhiri dengan acara pemotongan kek sempena Hari Malaysia bersama-sama pelajar yang menyambut hari ulang tahun kelahiran dari tarikh 16 Ogos sehingga 16 September dan nyanyian lagu tema Hari Kemerdekaan Ke-57, Disini Lahirnya Sebuah Cinta...

Acara pemotongan kek...
Nyanyian lagu tema kemerdekaan ke-57
Menyanyi dengan penuh semangat....
Kibaran bendera negeri mengiringi nyanyian lagu Disini Lahirnya Sebuah Cinta...

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-51....