Perpindahan Guru: Cikgu Abdul Rahman Bin Ramlan

TERIMA KASIH CIKGU!!
Mendaftarkan diri di Kolej Vokasional Tawau pada 16 Januari 2012 bersama 13 guru yang lain (Rujuk: http://www.pahaikan.com/) , Cikgu Abdul Rahman telah berkhidmat selama lebih kurang 2 tahun 8 bulan di Bengkel Bakeri dan Konfeksionari. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada bulan April 2013 dan sudahpun menimang cahayamata pertama pada 16 Mei yang lalu. 

Ucapan yang pertama dan terakhir di pentas Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau...
Cenderakenangan buat Cikgu Abdul Rahman dari pihak KKRT yang disampaikan oleh Pengarah...
Sesungguhnya tuntutan bersama keluarga sangat penting dan segala usaha yang dicurahkan untuk berpindah, sememangnya sangat berbaloi... Tahniah atas perpindahan ini...

KELUARGA BAHAGIA | Foto dari Facebook Cikgu Abdul Rahman Ramlan
Menurut maklumat yang diberikan oleh Cikgu Rahman sendiri, beliau akan bertugas di Kolej Vokasional (ERT) Temerloh, Pahang (Pulang Kampung, sebab Cikgu Rahman berasal dari Kuantan, Pahang) tetapi akan bertukar kursus daripada Bakeri dan Konfeksionari kepada Kursus Rekaan Fesyen. Semoga berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat yang baru... Selamat berjumpa lagi...

Kepada yang ingin berhubung dengan Cikgu Abdul Rahman, silalah meng"add" Rahman Ramlan di https://www.facebook.com/rahman.ramlan.1