Penjenamaan Semula Kantin Sekolah

JENAMA BARU | Kafetaria Perdana
Kantin Sekolah Kolej Vokasional Tawau dijenamakan semula kepada KAFETARIA PERDANA dalam satu majlis yang diadakan di kantin selepas Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Nama Kafetaria Perdana dipilih oleh Jawatankuasa Kantin Sekolah selepas meneliti beberapa nama cadangan yang diberikan oleh para guru pada hujung tahun lepas. Ternyata tuah adalah milik Cikgu Abdul Malik Bin Yusof apabila cadangan beliau dipilih sebagai jenama baru Kantin Sekolah.

Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah KV Tawau, Encik Johan Bin Hj. Okasa dalam Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan.

TAHNIAH | Cikgu Abdul Malik menerima hadiah kemenangan daripada Pengarah
Majlis perasmian jenama baru Kafetaria Perdana disempurnakan oleh Pengarah KV Tawau disaksikan oleh Timbalan YDP PIBG, barisan pentadbir dan Jawatankuasa Kantin Sekolah. 

Majlis perasmian Kafetaria Perdana...
Plak peringatan sempena majlis bersejarah ini...
Tahniah atas penyempurnaan majlis perasmian jenama baru ini....