Program Pembelajaran dan Latihan Sijil Kemahiran Malaysia 2014


Gambar kenangan para pelajar SKM sesi 2014 sebelum berangkat ke Kota Kinabalu...
Para pelajar Aliran Kemahiran iaitu 5 SKM Automotif dan 5 SKM Elektrik seramai 34 orang bersama 4 guru pengiring, Cikgu Idham Hussin, Cikgu Hashim Lahiban, Cikgu Awalluddin Misran dan Cikgu Mohd Aras Japar sedang berada di Kota Kinabalu untuk Program Pembelajaran dan Latihan (Lawatan Sambil Belajar).

Program anjuran Jabatan Aliran Kemahiran Kolej Vokasional Tawau telah dirancang khas untuk memberikan idea, motivasi dan pandangan yang berbeza kepada para pelajar SKM sebelum menduduki peperiksaan SPM nanti. Lawatan ini akan melawat beberapa buah institusi pengajian peringkat sijil dan diploma di Kota Kinabalu seperti ILP Kota Kinabalu dan Kolej Yayasan Sabah.