Program Pencegahan Jenayah - BLACK SPOT (NKRA)

GAMBAR KENANGAN | Para pelajar yang menyertai Program BLACK SPOT (NKRA)...
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau ini telah berlangsung pada 28 September 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Semarak.

Logo Kolej Vokasional Tawau turut disenaraikan dalam banner program...
Program yang mensasarkan golongan remaja ini terbahagi kepada empat slot utama iaitu Ceramah Jenayah oleh PDRM, Ceramah Bahaya Pengambilan Dadah oleh AADK Tawau, Gotong royong membersihkan surau dan Pertandingan Futsal.


Slot ceramah oleh PDRM Cawangan Tawau
Slot ceramah oleh AADK Cawangan Tawau
Cenderahati kenangan untuk pihak PDRM disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.58 Merotai, Haji Bacho Kalo
Jumlah penyertaan ialah lebih kurang 250 orang dengan Kolej Vokasional Tawau menghantar seramai 25 orang pelajar untuk menyertai program ini bersama 2 guru pengiring. 
 
Antara pelajar perempuan Kolej Vokasional Tawau yang menyertai program ini...
GEMBIRA | Suhaimi bersama kumpulan pelajar lelaki Kolej Vokasional Tawau...