Program Lambaian Kaabah Peringkat Kolej Vokasional Tawau

Penceramah, Ustaz Haji Khairun Aminudin Bin Noh

Program ini adalah Program Amali Haji untuk Tahun 1 Semester 2 anjuran Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Tabung Haji Cawangan Tawau. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haji Khairun Aminudin Bin Noh.

Biodata penceramah:
Asal: Negeri Kelantan
Pendidikan: SMU Yaakubiah Nipah, Bachok dan menymbung pelajaran di Universiti al Azhar Mesir dalam bidang Syariah dan Undang-undang
Tempat bertugas: Guru di SMK Jambatan Putih, Tawau.
Tugas khas: Ahli Muzakarah Haji Kebangsaan, Pembimbing Ibadat Haji di Tanah Suci (PIHTAS), Penceramah Haji Tanah Air (PEKTA) Daerah Tawau, Penceramah Haji Sekolah-sekolah Daerah Tawau.


Antara kakitangan Tabung Haji Cawangan Tawau yang turut sama menjayakan program ini...
Program yang berlangsung pada 27 September 2014 ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sesi ceramah dan sesi amali yang masing-masing diadakan di Dewan Tun Ahmad Shah dan Padang Kolej Vokasional Tawau.