Lawatan dari SMK Abdullah 2, Semporna

GAMBAR KENANGAN | Rombongan bergambar bersama TPA - Encik Azman Mansur, TPSA - Encik Ahmad Fakhrurazi Hamzah, Penyelaras Pusat Sumber - Cikgu Mohd Hatta Hassan dan Penyelaras Hubungan Luar - Cikgu Shamsuddin Ibrahim.
Lawatan dari SMK Abdullah 2, Semporna ini bertujuan untuk melawat Pusat Sumber Kolej Vokasional Tawau. Rombongan yang tiba lebih kurang jam 1.00 petang ini adalah seramai 15 orang termasuk 3 guru pengiring iaitu Cikgu Zalifah, Cikgu Juliah dan Cikgu Resmah Pailan selaku ketua rombongan. 

REKOD LAWATAN | Perkara wajib bagi semua pelawat Kolej Vokasional Tawau...
Ketibaan rombongan disambut oleh TPA, Cikgu Azman Mansur dan rombongan diberikan taklimat mengenai Kolej Vokasional Tawau sebelum menikmati jamuan makan dan lawatan ke Pusat Sumber Kolej Vokasional Tawau.

Ucapan penghargaan daripada Ketua Rombongan, Cikgu Resmah Pailan
Cendera Kenangan daripada SMK Abdullah 2 untuk Kolej Vokasional Tawau...
Jamuan makan di Bilik BMG 2
Lawatan berakhir kira-kira jam 3.30 petang.