Pasukan Hoki Lelaki Terpaksa Akur Bergelar Naib Juara...

Antara pemain Pertandingan Hoki 7 Sebelah LSUS bersama Cikgu Idham Hussin. Para pemain dari kelas SKM tiada dalam gambar kerana mempunyai komitmen Peperiksaan Percubaan SPM 2.
Pasukan Hoki Lelaki Kolej Vokasional Tawau terpaksa berpuashati di tempat ke-2 apabila tewas kepada Pasukan Guru Veteran dalam Pertandingan Hoki 7 Sebelah Peringkat Bahagian Tawau Terbuka Liga Sukan Untuk Semua (LSUS). Pertandingan anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau dan Persatuan Hoki Daerah Tawau ini telah berlangsung di Padang SMK Kuhara, Tawau pada 11 dan 12 Oktober 2014. Petandingan ini menyaksikan 8 pasukan untuk Kategori Lelaki dan 4 pasukan untuk Kategori Perempuan.

Berikut disertakan keputusan perlawanan Pasukan Hoki Lelaki dan Perempuan Kolej Vokasional Tawau dalam pertandingan ini.


Pasukan Perempuan:
KV Tawau (0) vs (1) SMK Tawau A
KV Tawau (2) vs (0) SMK Tawau A
KV Tawau (0) vs (0) SAGA Flickers
(Keputusan: Tempat ke-3 berdasarkan kutipan mata)

Pasukan Lelaki:
KV Tawau (0) vs (0) SMK Tawau
KV Tawau (2) vs (0) Semporna
KV Tawau (0) vs (1) Guru Veteran
Separuh akhir
KV Tawau (1) vs (1) Lahad Datu
(KV Tawau menang dalam penentuan penalti)
Akhir
KV Tawau (0) vs (2) Guru Veteran
(Keputusan: Tempat ke-2)

Tahniah kepada pasukan Hoki Kolej Vokasional Tawau untuk pencapaian yang memberangsangkan dalam pertandingan ini. Hadiah yang dimenangi berupa tropi dan wang RM200.00.

Terima kasih kepada Cikgu Idham Hussin yang memberikan maklumat tentang pertandingan ini kepada Blog KV Tawau...