OPS Ponteng

Penceramah jemputan untuk Program OPS Ponteng, Encik Lakarani Bin Lamadiangi
OPS Ponteng merupakan salah satu program Unit Disiplin dan Unit Kaunseling untuk menangani masalah kehadiran pelajar bermasalah yang turut berkaitan dengan masalah akademik yang timbul akibat masalah yang sama. Bilangan pelajar yang disasarkan dalam OPS Ponteng ini ialah 17 orang, namun angka itu bertambah kepada 114 orang apabila Jawatankuasa Disiplin Akademik turut menyertai program ini yang turut melibatkan ibubapa pelajar supaya permasalahan berkaitan kehadiran dan masalah akademik dapat dibincangkan bersama. 

Kehadiran ibubapa ialah 30 orang... Hanya sekitar 25% sahaja...
Ceramah turut membawa pandangan ibubapa terhadap perasaan dan kesediaan anak-anak untuk menerima ilmu...
Ibubapa memberikan tumpuan semasa ceramah berlangsung...
GIGIT JARI | Biar gigit sekarang... Jangan gigit nanti...