Perpindahan Guru: Cikgu Norhayati Binti Mohamed dan Cikgu Nurul Diyana Binti Abdul Razak

PEACE | Semoga cikgu kita ini akan terus cemerlang di tempat yang baru....
Kolej Vokasional Tawau kehilangan dua orang guru lagi pada akhir tahun 2014 setelah permohonan mereka untuk berpindah diluluskan. Guru yang dimaksudkan ialah Cikgu Norhayati Binti Mohamed (Kursus Bakeri) dan Cikgu Nurul Diyana Binti Abdul Razak (Kursus Perakaunan). Walaupun sedih dengan kehilangan mereka, namun seluruh warga Kolej Vokasional Tawau reda dengan perpindahan ini kerana keperluan untuk berada disisi suami dan keluarga adalah lebih penting. Sebagai makluman, kedua-dua guru ini terpaksa berada dalam keadaan hubungan "PJJ" dengan suami semenjak berumahtangga.


Norhayati | Facebook
Cikgu Norhayati Binti Mohamed yang berasal dari Machang, Kelantan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) Sains Rumah Tangga telah berkhidmat selama 4 tahun di kolej ini dibawah Kursus Bakeri dan Pastri. Melapor diri di Kolej Vokasional Tawau (pada masa itu masih dikenali dengan SM Teknik Tawau) pada 22 November 2010 dan sebagai guru muda yang masih bujang ketika itu, Cikgu Norhayati bergiat aktif dalam dibawah Unit HEM dan kegiatan kokurikulum. Cikgu Norhayati mendirikan rumahtangga dengan pasangan, Mohd Awang Mat Daud pada 22 November 2012 dan telah dikurniakan seorang cahayamata, Fatin Aisyah pada 2 Januari 2014.  Cikgu Norhayati akan berpindah ke Kolej Vokasional Gerik, Perak dan telahpun melapor diri pada 28 Disember 2014.


Diyana | Facebook

Cikgu Nurul Diyana Binti Abdul Razak melapor diri di Kolej Vokasional Tawau pada 16 Januari 2012 bersama-sama dengan dengan 14 orang guru yang lain (6 orang sudah berpindah termasuk Cikgu Nurul Diyana). Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam Bidang Perakaunan dari UiTM dan DPLI Perdagangan/Peniagaan dari UPSI, Cikgu Nurul Diyana mengajar Kursus Perakaunan semasa berada di Kolej Vokasional Tawau. Cikgu Nurul Diyana yang berasal dari Perak akan bertugas di Kolej Vokasional Gombak, Selangor bermula 1 Januari 2015. Cikgu Nurul Diyana telahpun mendirikan rumahtangga pada 31 Disember 2010 dengan pasangannya, Encik Abdul Haffiz. Semoga akan cepat beroleh cahayamata apabila tidak lagi "PJJ". Ucapan terima kasih juga kepada Cikgu Nurul kerana telah menjalankan tugas sebagai Bendahari PIBG Kolej Vokasional Tawau dengan cemerlang. 

Majlis perpisahan kedua-dua guru ini diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 bersama-sama dengan Pengarah, Encik Johan Bin Okasa yang turut berpindah.
Namun, perpisahan ini tidak akan berakhir disini. Pasti akan ada pertemuan demi pertemuan. Semoga diberikan kesihatan, ketenangan, diberkati, dilindungi, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa bahagia disisi suami dan keluarga tercinta.