Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama 2015 - 09 Januari 2015

Pengarah baru, Encik Rangiah A/L Muthusamy menyampaikan ucap tama dalam Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama 2015
Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama 2015 berlangsung seperti yang dirancang dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansur. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan ringkas daripada pengerusi majlis dan diteruskan dengan agenda ke-2 iaitu Ucap Tama daripada Pengarah Kolej Vokasional Tawau yang baru, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Dalam ucapannya yang penuh bersemangat, Encik Rangiah menekankan semangat untuk bekerja dan fokus yang lebih tinggi dalam membantu organisasi untuk mencapai objektif yang disasarkan. Beliau turut memberikan jaminan bahawa kebajikan para guru dan staf AKP akan dijaga dengan baik sepanjang beliau berada di kolej ini. Bercerita tentang pengalaman, beliau telah bertugas dalam bidang ini selama 30 tahun dan memegang jawatan sebagai pengetua sekolah selama 17 tahun. Banyak perkara yang telah dilaluinya dan segala pengalaman akan dikongsikan dengan para guru untuk manfaat bersama.


Mantan TPSA, Encik Ahmad Fakhrurazi menyampaikan laporan 2014 dan membentangkan jawatankuasa 2015
HADIAH KENANGAN | Cikgu Sabas selaku Pengerusi KKRVT menyampaikan hadiah kenangan buat Encik Ahmad Fakhrurazi
Encik Rangiah menyampaikan sijil penghargaan atas perkhidmatan yang telah dibeikan kepada mantan TPSA, Encik Ahmad Fakhrurazi
Kemudian, mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan 2014 dan Jawatankuasa 2015 daripada Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Ahmad Fakhrurazi Hamzah (berpindah ke Kolej Vokasional Kudat), Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur dan pembentangan Hala Tuju Pengarah 2015 - 2018 oleh Pengarah, Encik Rangiah. Proses pembentangan berjalan lancar dan selepas itu, hal-hal lain dibincangkan. Turut dibentangkan selepas penangguhan mesyuarat ialah Tentatif Program Re-Orentasi Pelajar Pra Diploma Tahun 2 dan Pelajar Diploma Tahun 1 oleh penyelaras, Encik Fadzilah Hussin.
 
Antara slaid Hala Tuju 2015-2018 oleh Pengarah, Encik Rangiah
Mesyuarat diakhiri dengan jamuan makan di Galeri Kecemerlangan Kolej Vokasional Tawau.

LEGA | Mesyuarat berakhir tepat pada masa yang dirancang...
Sabar ya cikgu-cikgu...
Macam kurang tempat duduk ya cikgu...??