Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2015

ISI BORANG ASRAMA | Pelajar yang datang dari jauh diberikan kelebihan untuk mendapat tempat di asrama walaupun tidak ditawarkan dengan asrama dalam surat tawaran

Pendaftaran pelajar baru sesi 2015 bermula ada jam 8.00 pagi hari ini dengan semua 13 kaunter dibuka untuk 13 kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Tawau. Tahniah kepada semua pelajar baru yang telah ditawarkan untuk mengikuti kursus di kolej ini.

Kaunter Kursus Teknologi Pembinaan

Menyemak nama dalam senarai daftar nama kursus...
Selain kaunter kursus, enam kaunter Koperasi Kolej Vokasional Tawau turut dibuka untuk memudahkan urusan pembelian baju korporat dan bayaran lain yang berkaitan.


Cikgu Juridah bertugas di Kaunter Koperasi Kolej Vokasional Tawau
Antara ibubapa yang sabar menanti giliran ke kaunter koperasi...
Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Ranggiah turut mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan penghargaan sambil menerangkan serba sedikit tentang konsep kolej vokasional kepada para pelajar baru bersama ibubapa mereka.


Pengarah, Encik Ranggiah memberikan ucapan kepada para pelajar baru dan ibubapa yang hadir...
Pada tahun ini, enrolmen murid terpaksa dikurangkan kepada 290 orang berbanding 390 orang pada tahun sebelumnya kerana kemudahan dan bilangan kelas di Kolej Vokasional Tawau masih belum mampu untuk menampung bilangan pelajar baru yang ramai. Permasalahan ini sudah pun diajukan kepada pihak yang berkenaan dan tindakan susulan akan diambil untuk mengatasinya.