Perpindahan Guru: Cikgu Nor Asmani Berpindah Ke Negeri Terengganu

Cikgu Nor Asmani (kiri) bersama Cikgu Zainab semasa Pendaftaran Pelajar Pra Diploma Tahun 2 dan Pelajar Diploma Tahun 1 baru-baru ini...
Cikgu Asmani atau nama penuh Nor Asmani Binti Mat Awi berasal dari Negeri Terengganu dan merupakan anak bongsu dari dua beradik. Graduan dari UPSI dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) ini, melapor diri di Kolej Vokasional Tawau pada 23 Mei 2012 bersama-sama dengan 8 orang guru yang lain pada masa itu (pahaikan.com). 

Dalam 2 tahun 8 bulan bertugas di kolej ini, pemilik kereta dengan nombor pendaftaran SAB8757U ini merupakan pengacara tetap bagi majlis rasmi sekolah antaranya EXPO Instik Peringkat Daerah Tawau, Lawatan 5S SESB Tawau, Merdeka Raya 2012 dan lain-lain lagi. Memang excellent Cikgu Nor Asmani ni...


GAMBAR KENANGAN | Ustaz Mohd Kamarul, Cikgu Idham dan Cikgu Nor Asmani pada hari terakhir di Kolej Vokasional Tawau
Tarikh melapor diri di sekolah baru di SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu adalah pada 19 Januari 2015 namun, Cikgu Asmani telah meminta penangguhan untuk menyelesaikan urusan perkhidmatan dan hal peribadi sebelum dijadualkan mula bertugas pada 1 Februari 2015. Menurut maklumat yang saya terima daripada rakan sekerja, perpindahan ini merupakan percubaan kali ke-2 yang turut menuntut tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga ibu yang mengalami masalah kesihatan.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk mengucapkan ucapan Selamat Berpindah, Cikgu Nor Asmani boleh dihubungi melalui Facebook: DeQma Inamsa. Di sini disertakan ucapan/coretan Cikgu Asmani buat warga Kolej Vokasional Tawau.

Sumber: Facebook Kolej Vokasional Tawau (KVT)
Assalamualaikum w.b.t. dan salam mesra kepada sahabat2 sekalian. Saya ingin mengambil sedikit masa sahabat2 sekalian untuk membaca coretan saya ini buat kali yang terakhir. Untuk makluman seluruh warga KVT, saya akan berpindah dan akan melapor diri di SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu pada 1 Februari 2015. Berita perpindahan ini adalah sesuatu yang tidak pernah saya duga, malah tidak pernah juga saya jangkakan. Ternyata, percaturan Allah s.w.t itu yang terbaik buat hamba-Nya. Saya sangat bersyukur kerana dipostingkan di KVT, walaupun masa untuk kita bersama di sini tidak panjang, tapi ikatan ukhuwah yang terjalin ini telah memberikan seribu satu makna dalam kamus hidup saya. Di bumi Tawau ini, saya dapat kenal sahabat2 sekalian, dapat menerima tunjuk ajar mahupun bimbingan daripada anda semua. Saya seronok bekerja di sini kerana saya ada pasukan sahabat yang hebat dalam segenap aspek untuk menjayakan sesuatu program yang dianjurkan. Di sinilah saya dapat belajar untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang berdedikasi, berkomitmen tinggi dan sebagainya. Sedar atau tidak, anda semualah yang menjadi sumber inspirasi buat saya kerana saya kagum dengan anda semua. Tanpa sokongan anda semua, siapalah saya. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir KVT kerana sentiasa membantu saya, terima kasih atas kepercayaan dan pengiktirafan yang telah diberikan kepada saya. Buat 8 jejaka tampan yang sama2 dipostingkan dengan saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas semuanya, maafkan saya seandainya saya ada melakukan kesilapan tanpa disedari. Buat teman2 di Bilik Guru, saya kelu untuk berkata2, dalam kegembiraan ini terpalit juga rasa kesedihan di hati. Terima kasih sahabatku, kerana sentiasa ada untuk saya, sentiasa memahami saya, sentiasa mengusik2 manja... Sudah pasti saya akan merindui saat ini dan mungkin tersenyum sendirian tanpa disedari... Sebelum saya akhiri coretan warkah ini, dengan lafaz Bismillah... saya NOR ASMANI BINTI MAT AWI dengan rasa rendah hati, saya ingin memohon sejuta kemaafan daripada seluruh warga KVT seandainya diri ini pernah melakukan kesalahan tanpa disedari, terusik pada tempat yang tidak sepatutnya, dan minta dihalalkan makan minum saya. Saya sendiri tidak menyangka saya akan meninggalkan KVT secepat ini... Tetapi percayalah, KVT tetap unggul di sanubari saya, anda semua adalah sebahagian daripada hidup saya. Semoga ikatan persaudaraan ini sentiasa mekar di ingatan, kenanglah daku dalam doamu wahai sahabatku. Akhir kata, sambutlah salam manis, salam teristimewa, salam sayang dan salam perpisahan daripada insan yang kerdil ini. Semoga Allah s.w.t. sentiasa melindungi kita walau di mana jua kita berada. Amin...

Tahniah kepada Cikgu Nor Asmani yang berjaya berpindah, semoga dipermudahkan segala urusan dan lebih cemerlang ditempat baru.