Musim Baru Perlawanan Persahabatan Bermula Cemerlang...

GAMBAR KENANGAN | Pasukan Guru/Pensyarah Kolej Vokasional Tawau dalam perlawanan menentang Pasukan Gabungan Merotai semalam...
Musim baru bermula... Pasukan Bola Guru/Pensyarah Kolej Vokasional Tawau memulakan musim ini dengan langkah kanan apabila gambar perlawanan sulung dengan Pasukan UMNO Tawau Fans dimasukkan ke dalam Akhbar Borneo Post (Bahasa Melayu). Perlawanan itu berkesudahan dengan jaringan 4-4.

Keratan akhbar Borneo Post (Bahasa Melayu) 13 Januari 2015 | Foto oleh Cikgu Awalluddin Misran
Semalam, perlawanan ke-2 berlangsung di Padang Kolej Vokasional Tawau menentang Pasukan Gabungan Merotai. Perlawanan berakhir 2-1 memihak kepada pasukan tuan rumah yang ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama.


REHAT | Usaha yang dicurahkan dalam permainan separuh masa pertama belum membuahkan hasil...
Para pemain bolasepak bawah 18 tahun Kolej Vokasional Tawau yang bermain untuk pasukan lawan dalam perlawanan semalam...
Dijadualkan akan menggunakan jersi baru sepenuhnya dalam perlawanan ke-3, pasukan ini bakal menggalas tugas berat untuk mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini. Perlawanan seterusnya adalah pertemuan dengan Kolej Komuniti Tawau pada hari Ahad, 25 Januari 2015. Kepada para guru/pensyarah dan pelajar yang berkelapangan, dijemput untuk sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan ini.