Pengerusi Baru Kelab Kebajikan dan Reakreasi KV Tawau...

Ucapan terakhir selaku Pengerusi KKVKRT 2012/2014 dari Encik Sabas Bin Mohd Ali
Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Reakreasi Kolej Vokasional Tawau (KKRKVT) kelmarin berlangsung dengan suasana yang harmoni. Proses pembubaran jawatankuasa lama yang berjalan selepas itu memperlihatkan muka-muka baru yang akan memegang tampuk pengurusan kelab ini selama dua tahun. Encik Sabas Mohd Ali, Pengerusi KKRKVT sebelum ini menyatakan penghargaan kepada seluruh ahli kelab yang memberikan sokongan dan kerjasama yang baik semasa beliau memegang jawatan tersebut. Turut disampaikan ialah sumbangan kepada guru-guru yang mengalami musibah banjir yang melanda negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

Ustaz Kamarul Bahri Bin Ismail menerima sumbangan wang tunai RM515.25 daripada pihak KKRKVT yang disampaikan oleh Encik Ranggiah

Mesyuarat yang bermula jam 2.00 petang ini dimulakan dengan ucapan pengerusi dan diikuti oleh ucapan Pengarah, Encik Ranggiah. Dalam ucapan pengarah, beliau menyentuh tentang aspek kebajikan pekerja yang perlu dijaga untuk memastikan keseronokan ditempat kerja wujud dan keinginan untuk menyumbangkan tenaga dan idea akan lebih lancar. Beliau turut berkongsi tentang 4 perkara yang beliau sentiasa pegang dan amalkan selama ini untuk memimpin sesebuah organisasi. Empat perkara tersebut ialah ikut peraturan, Success is A Choice, discipline is a base of success dan touch their heart. Dan, yang paling penting untuk mendapatkan hasil terbaik daripada seluruh organisasi itu, beliau berpegang kepada motto To Get The Best, I Give The Best. Maksudnya, boss sentiasa memberikan yang terbaik kepada pekerjanya untuk mendapat hasil yang terbaik.

Proses pembubaran jawatankuasa lama berjalan dengan lancar dan berikut ialah barisan Jawatankuasa Induk KKRKVT yang baru:

Pengerusi: Mohd Fadzillah Bin Hussin
Naib Pengerusi: Mohd Jamree Bin Abdul Latief
Setiausaha I: Cik Sadri Binti Saleho
Setiausaha II: Cik Awatiff Bin Mohd Suhaimi
Bendahari: Puan Juliati Binti Lambo Sakka

Encik Mohd Fadzillah Bin Hussin mengambilalih tugas Pengerusi KKRKVT dengan undi majoriti menyampaikan ucap tamanya dalam majlis yang sama...
Pengerusi baru yang berpeluang untuk memberikan ucap tamanya dalam mesyuarat ini menyatakan penghargaan kerana diberikan peluang untuk memegang jawatan tersebut. Dan, semestinya program pertama yang bakal diberikan tumpuan ialah Program Korban yang akan disertai oleh SK Muhibbah Raya.

Naib Pengerusi KKRKVT sesi 2015/2016, Encik Mohd Jamree Bin Abdul Latief