Hidangan KFC Untuk Juara

Afiq Danial, Kapten Pasukan Ragbi KV Tawau menunjukkan Baucar KFC untuk pasukan ragbi 2015...
Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Ranggiah A/L Muthusamy dengan berbesar hati menyumbangkan 30 keping Baucar KFC untuk Hidangan SNACK COMBO kepada pasukan Ragbi Kolej Vokasional Tawau yang telah menjadi Juara Peringkat MSS Daerah Tawau dalam Majlis Perhimpunan Rasmi Kolej pada hari Isnin, 16 Februari 2015. Ini merupakan sumbangan peribadi daripada pengarah kepada pasukan ini.

Tahniah sekali lagi kepada pasukan ini....

Encik Ranggiah yang turut berucap dalam majlis yang sama, menyampaikan mesej jelas bahawa mereka yang berusaha dengan keras untuk mencapai matlamat yang ditetapkan akan mendapat ganjaran. Beliau yang memetik kata-kata John Baker, "Vision without action is a dream. Action without vision is simply passing the time. Action with Vision is making a positive difference” sangat berkait rapat dengan mesej tersebut. Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan semua warga dewan supaya sentiasa membuat keputusan yang tepat untuk masa depan yang lebih baik.

Baucar KFC disampaikan sendiri oleh Pengarah, Encik Ranggiah kepada Kapten Pasukan, Afiq Danial dalam Majlis Perhimpunan Kolej semalam...
Pasukan lain yang bakal bertanding di peringkat MSS Daerah Tawau dalam masa terdekat ini dijangka menerima habuan yang sama sekiranya berjaya membawa nama Kolej Vokasional Tawau ke puncak dengan gelaran Juara Daerah Tawau....