Pasukan Ragbi KV Tawau Ke Pentas Antarabangsa...

Banner pertandingan Borneo Sevens 2015 | Foto dari Borneoegales.com
Pertandingan Borneo Sevens 2015 adalah anjuran bersama IJM Plantations Berhad dengan Kelab Ragbi Sandakan (sekarang dikenali sebagai Eagles Rugby Club Sandakan) dan Kesatuan Ragbi Sabah (Sabah Rugby Union - SRU). Pertandingan ini akan bermula pada 27 Februari 2015 dan akan berakhir pada 1 Mac 2015 di Bandar Utama, Batu 6, Jalan Utara, Sandakan.

Pertandingan edisi ke-14 ini akan menampilkan 34 buah pasukan daripada 14 buah negara termasuk Malaysia. Negara lain yang terlibat ialah Australia, New Zealand, Fiji, Japan, Singapore, Tonga, Samoa, Hong Kong, Papua New Guinea, Cook Islands, Thailand, China dan Sri Lanka.

Antara syarat penyertaan dalam Borneo Sevens 2015 bawah 16 tahun | Sumber: Borneoeagles.blogspot.com
Pasukan Ragbi Kolej Vokasional Tawau akan bertanding dalam Kategori Bawah 16 tahun bersama-sama dengan Maktab Sabah, SMK Tawau Tigers, SM Sains LD HORNET, Akademi Sabah Rugby Union (SRU) dan Kelab S. LIONS OUTLAWS dari Australia.

Semoga Pasukan Ragbi Kolej Vokasional Tawau akan dapat mencipta kejayaan cemerlang dalam pertandingan ini...

Untuk mendapatkan jadual perlawanan dan keputusan semasa dalam perlawanan ini, sila klik gambar di bawah:

http://www.borneoeagles.com/borneo7s2015.html

Maklumat lanjut mengenai barisan pemain yang akan beraksi dalam pertandingan ini boleh dirujuk melalui Pengurus Pasukan, Ustaz Md Jamree Abd Latief dan Jurulatih, Cikgu Mohd Rasi Solong, Cikgu Nurelmi dan Cikgu Mohd Hilmi Yop.

Sumber:
New Sabah Times: Borneo Sevens 2015 to feature stellar field
Daily Express: Borneo Sevens blooms into top class rugby tourney
Borneo Eagles Website: http://www.borneoeagles.com/
Home Of The Borneo Eagles: http://borneoeagles.blogspot.com/