Kolej Vokasional Tawau Dapat Empat Buah Kereta NAZA FORZA

Pengarah KV Tawau, Encik Ranggiah menerima surat penyerahan kenderaan dari Wakil Syarikat Penghantaran, ORISIS FREIGHT LOGISTICS (M) Sdn Bhd bersama TPA, Encik Azman Mansor dan barisan pensyarah Kursus Teknologi Automotif.
Bengkel Teknologi Automotif seperti mendapat durian runtuh apabila menerima empat buah kereta NAZA Model FORZA 1.1 GS dengan transmisi manual 5 kelajuan daripada Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin. Semua kereta ini akan digunakan dalam latihan amali pelajar untuk meningkatkan kemahiran para pelajar kursus Teknologi Automotif.

Empat Buah Kereta NAZA FORZA berwarna putih yang telah selamat tiba di hadapan Bengkel Kursus Teknologi Automotif
Bahagian dalam kereta ini masih dalam keadaan tip top...
Kerja penyelenggaraan tangki minyak sudah mula dilakukan ke atas salah satu kereta NAZA FORZA..
Sejak 2013, Bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional Tawau telah menerima enam buah kereta sumbangan (termasuk NAZA FORZA) untuk tujuan latihan amali tetapi bengkel ini masih memerlukan kenderaan berteknologi baru untuk mempersiapkan pelajar ke dalam industri di luar sana.

KERATAN AKHBAR DIGITAL | NAZA Sumbang 100 Kereta Bernilai RM4j (Utusan.com.my - 9/12/2014)