Pasukan Kawad Kor Kadet Polis KV Tawau Bertanding Pada 28 Februari

Cikgu Ahmad Zulfadhli masih belum berpuashati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan kawad ini...
Pasukan Kawad Kor Kadet Polis Kolej Vokasional Tawau sedang menjalani latihan intensif kawad bermula 23 Februari yang lepas. Sebagai makluman, pasukan dibawah kendalian Cikgu Ahmad Zulfadhli Bin Muhd Zuhdi ini telahpun memulakan latihan pada setiap petang sejak awal bulan Februari lagi.

Pertandingan Kawad Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Tawau 2015 yang akan berlangsung pada 28 Februari adalah anjuran IPD Tawau dengan kerjasama PPD Tawau.

Latihan yang berlangsung dalam Dewan TAS pada hari Isnin yang lalu...
Menurut maklumat yang diterima daripada Penyelaras Pasukan Kor Kadet Polis Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Wan Samsuhaimi Musa, syarat bilangan platun kawad seramai 34 orang tidak dapat dipenuhi namun pihak penganjur memberikan kelonggaran kerana banyak pasukan lain (sekolah yang bertanding) turut mengalami masalah yang sama. Pasukan yang akan mewakili kolej ini terdiri daripada 27 orang pelajar lelaki dan perempuan dalam Kategori Kawad Kaki Campuran.

Semoga berjaya...