Memburu Kejuaraan Sulung Dalam FNKAV Peringkat Zon Sabah dan W/P Labuan 2015

Gambar kenangan para peserta FNAKV Peringkat Zon Sabah dan W/P Labuan 2015 bersama guru/pensyarah Pendidikan Islam
FANKV atau Festival Nasyid Antara Kolej Vokasional Peringkat Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun ini akan berlangsung di Kolej Vokasional Beaufort. Seramai 13 orang pelajar akan mewakili Kolej Vokasional Tawau iaitu 8 orang peserta Pertandingan Nasyid, 2 peserta Pertandingan Hafazan, 2 peserta Pertandingan Tilawah dan seorang peserta untuk Pertandingan Bercerita.

Bercerita tentang persediaan, Penyelaras MTQ KV Tawau, Ustaz Kamarul agak optimis untuk memburu kejuaraan sulung buat Kolej Vokasional Tawau. Walau bagaimanapun, semua ini akan bergantung kepada persiapan akhir semasa di Kolej Vokasional Beaufort.


Peserta Pertandingan Nasyid Kolej Vokasional Tawau
Peserta Perempuan dari kiri: Ainun Mardia (Tilawah), Atikah Nabilah (Hafazan) dan Nurfatin Fitria (Bercerita) bersama Ustazah Mariah
Untuk makluman, guru pengiring yang akan mengiringi pasukan ini ialah Ustaz Kamarul Bahri Bin Ismail, Cikgu Kholik Bin Maming dan Cikgu Nordayana Binti Muhammad. Sila rujuk surat pelepasan pelajar pada papan kenyataan di Pejabat Pentadbiran.