Perlawanan Persahabatan Bolasepak: Barisan 20 Pemain Beri Harapan Baru

M. Syukri Bin Baharum (kanan) antara pemain berbakat besar yang bakal menyerlah di pentas VOKTEK pada tahun ini...
SM Islamiah Tawau (SMIT) bertandang ke Padang Kolej Vokasional Tawau pada hari ini untuk perlawanan persahabatan bagi pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun dengan pasukan Kolej Vokasional Tawau. Perlawanan bermula lebih kurang jam 8.25 pagi dengan menggunakan khidmat pengadil FAM yang berpengalaman dari Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Sabir Lansah.

Barisan pemain separuh masa ke-2...
Perlawanan babak pertama menyaksikan penguasaan bola yang sangat baik dari pasukan KV Tawau dan tidak memberikan peluang kepada pasukan SMIT untuk melakukan serangan yang merbahaya ke gawang gol. Barisan pertahanan kelihatan kemas dan barisan tengah berjaya mengucar-kacirkan barisan pertahanan lawan dengan hantaran dan beberapa percubaaan yang cantik. Ternyata pasukan SMIT terpaksa akur apabila ketinggalan 4-0 di separuh masa pertama.

Ahmad Fakirullah, seorang lagi pemain berbakat besar yang diserap masuk ke dalam pasukan KV Tawau 2015..
Jurulatih pasukan KV Tawau, Cikgu Lawrensia Ganang melakukan beberapa perubahan pada separuh masa kedua dengan menukarkan beberapa orang pemain dan mengubah posisi pemain. Ternyata pemain yang dimasukkan tidak berjaya mengekalkan momentum dan akhirnya bolos selepas 10 minit bermain dalam babak ke-2. Walaupun penguasaan barisan tengah pasukan SMIT lebih menyerlah daripada pasukan KV Tawau, semangat juang yang ditunjukkan oleh setiap pemain dapat menghasilkan satu lagi gol pada minit ke-10 sebelum tamat permainan. Permainan tamat dengan jaringan keseluruhan, 5-1 memihak kepada pasukan KV Tawau.

BERJABAT TANGAN | Amalan yang sudah diterapkan untuk menunjukkan semangat kesukanan...
Komen dan pandangan untuk dijadikan panduan daripada jurulatih, Cikgu Lawrensia Ganang...
Melihat kepada senarai dalam tangan pengurus pasukan, Cikgu Muhammad Syahir Idris, terdapat 31 nama pelajar yang disenaraikan namun yang hadir dalam perlawanan persahabatan ini cuma 20 orang sahaja. Mungkin disiplin dan komitmen pemain adalah antara aspek yang harus diberi pertimbangan yang berat untuk membentuk satu pasukan yang mantap.