TAKLIMAT PENGOPERASIAN APLIKASI DOKUMENTASI PENTAKSIRAN KV (ADOP)

Pengarah, Encik Ranggiah mempengerusikan taklimat ini sambil menyampaikan maklumat pengurusan kepada guru-guru...
Taklimat ini telah berlangsung di Bilik BMG 1 oleh penceramah, Cikgu Sariah Binti Chole pada 13 Februari 2015 bermula jam 2.00 petang.

Tujuan ADOP ialah untuk membantu tenaga pengajar memantau prestasi pelajar dan membuat keputusan sewajarnya dalam proses intervensi pentaksiran berterusan sepanjang semester. Dan, aplikasi ini boleh menjadi satu garis panduan yang lebih sistematik dan terperinci dalam merekod pentaksiran berterusan pelajar.

Cikgu Sariah Binti Chole
Untuk proses intervensi, Penyelaras Akademik / Ketua Bengkel diminta untuk menghantar pelaporan semasa kepada Jabatan Penilaian dan Pentaksiran pada Minggu ke-7 menggunakan data yang terkumpul dalam ADOP ini. Sekiranya ada masalah yang mungkin akan wujud berkenaan pentaksiran berterusan pelajar, Jawatankuasa Akademik akan mencadangkan tindakan susulan yang sesuai kepada Penyelaras / Bengkel yang terlibat.

Aplikasi yang telah pun digunapakai di 15 kolej vokasional rintis untuk Program Diploma Tahun 1 dan Tahun 2.