Jurulatih Luar Bantu Persiapan Pasukan Ragbi

JURULATIH LUAR | Nathan (kanan) dan Saeru (kiri) merupakan pemain jemputan SRC Borneo Eagles dalam Kejohanan Borneo Sevens 2015 | Foto oleh Carlos George

Pasukan Ragbi Kolej Vokasional (KV) Tawau membawa dua jurulatih luar untuk membantu persiapan pasukan ragbi yang akan bersaing dalam Kejohanan VOKTEK Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada bulan April nanti. Kedua-dua jurulatih ini adalah pemain ragbi yang berpengalaman dan berasal dari Fiji.


Ketua Jurulatih, Cikgu Mohd Rasi Solong turut menyertai sesi latihan intensif yang berjalan selama 3 hari ini...

Sesi latihan intensif untuk pasukan ini telah bermula semalam, 17 Mac 2015 dan dijangka berakhir pada 19 Mac 2015, untuk memberikan laluan kepada para pemain menikmati baki cuti pertengahan semester.

Diharapkan agar para pemain Pasukan Ragbi KV Tawau akan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran jurulatih luar ini supaya dapat memperoleh lebih pengetahuan tentang teknik dan strategi permainan. 

Turut menjalani latihan intensif semasa cuti pertengahan semester ini ialah Pasukan Bola Jaring.