21 Warga KV Tawau Sertai CAMPOREE Pengakap Tawau Kali Ke-5

Bendera KV Tawau berkibar megah di hadapan tapak perkhemahan peserta dari KV Tawau | Foto oleh Carlos George

Persatuan Pengakap Kolej Vokasional Tawau telah menghantar 18 peserta yang terdiri daripada tujuh orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan bersama tiga guru pengiring, Ustaz Mohd Kamarul, Cikgu Hidayah dan Cikgu Shazarina dalam CAMPOREE Pengakap Tawau Kali Ke-5. 

Camporee bertaraf antarabangsa yang kali terakhir diadakan pada tahun 2011 ini telah berjaya menghimpunkan seramai 1586 orang peserta dari seluruh Negeri Sabah, Negara Brunei dan Indonesia.

GAMBAR KENANGAN | Ustaz Mohd Kamarul (dua dari kiri), Cikgu Hidayah (kanan) dan Cikgu Shazarina (dua dari kanan) bersama guru-guru pengiring dari sekolah lain.. | Foto oleh Carlos George

Perkhemahan ini telah berlangsung di Kem Tiku, Tawau dari 14 hingga 18 Mac 2015. 

Pintu gerbang Kontinjen Indonesia


Camporee ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dalam Majlis Perasmian Camporee Tawau Kali Ke-5 pada 15 Mac 2015.

Banting promosi JAMBORE CABANG 2015 yang akan berlangsung di Nunukan, Indonesia pada 13 hingga 19 Ogos 2015





Rujukan:
New Sabah Timehttp://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/85653
The Borneo Posthttp://www.theborneopost.com/2015/03/16/tawau-scout-camporee-can-enhance-unity-tawfiq/
Pengakap Malaysiahttp://www.pengakapmalaysia.org/utama/?p=1395
TribunNunukan.comhttp://www.tribunnunukan.com/read/2015/03/10/680/pramuka-nunukan-dan-tarakan-wakili-indonesia-di-camporee-antarabangsa-tawau