Pelatih VTO Sertai Majlis Perhimpunan Mingguan

Antara pelatih yang hadir semasa Majlis Perhimpunan Mingguan pada 2 Mac 2015. Dari kiri: Norlia Masmudding, Iraqis Galfreda Haris, Suriani A, Erliana Said, Noraimah Ahmad dan Usniwati Umar | Foto oleh Carlos George
Pelatih VTO di Kolej Vokasional Tawau dijemput untuk menyertai Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej bermula 2 Mac 2015 untuk memberikan peluang kepada mereka mengalami sendiri perjalanan majlis perhimpunan dan seterusnya diperkenalkan secara rasmi kepada para pelajar Kolej Vokasional Tawau.

Ashmawi Abdullah
Terdapat 15 pelatih kesemuanya bermula awal tahun ini tetapi masa latihan mereka berbeza-beza mengikut jam kredit yang diperuntukkan. Semoga para pelatih ini akan dapat menamatkan latihan mereka di Kolej Vokasional Tawau dengan cemerlang.