Perkhemahan KRS 2015 Bawa Seribu Kenangan

GEMBIRA | Para peserta perkhemahan KRS 2015 melompat kegembiraan setelah berjaya mengharungi semua aktiviti perkhemahan selama 3 hari 2 malam di Padang SMK Kinabutan | Foto oleh Carlos George
Perkhemahan KRS Peringkat Daerah Tawau 2015 berakhir semalam dalam satu Majlis Perasmian Penutupan yang telah disempurnakan oleh Ketua Unit Kemanusiaan dan Pembangunan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Encik Vaea Sarima yang juga merupakan ASP Kehormat Kadet Polis.

Dimaklumkan bahawa seramai 459 orang peserta dari 18 buah sekolah menengah dan 17 buah sekolah rendah telah mengikuti perkhemahan ini. Daripada jumlah itu, 147 adalah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) manakala selebihnya, 312 adalah Kadet Remaja Sekolah (KRS).


Ketibaan Encik Vaea Sarima (tengah) disambut oleh Major KRS Tuan Husni Frans (kanan) dan Kapten KRS Tuan Haji Mohd Ikbal Haji Khalid (kiri) | Foto oleh Carlos George
Kapten KRS Tuan Haji Mohd Ikbal menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis ini..

Dalam perkhemahan ini, kesemua peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan tanpa mengira sekolah. Dan, pastinya hubungan silaturahim dan semangat kerjasama semasa melakukan aktiviti seperti bantu mula, ikatan dan simpulan tali, orienteering, kawad kaki dan masakan rimba memberikan seribu kenangan buat semua peserta.

Cikgu Wellmexly Lojumin, Ketua Guru Penasihat KRS Kolej Vokasional Tawau bersama sijil penghargaan.. | Foto oleh Carlos George
Selamat berjumpa lagi dalam aktiviti perkhemahan pada tahun hadapan...
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semoga aktiviti perkhemahan seperti ini akan diteruskan supaya lebih banyak ilmu perkhemahan dapat dikongsi bersama.