Program Pensyarah Penyayang 2015

Bersama Banner Pelancaran Program Pensyarah Penyayang, (dari kiri) June Quelistha, Encik Rangiah A/L Muthusamy, Puan Nurliza Zakaria, Encik Doimeh Dolinting dan Encik Azman Mansur | Foto oleh Carlos George

Program Pensyarah Penyayang 2015 telah dilancarkan oleh Pengarah Kolej Vokasional (KV) Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy dalam Majlis Perhimpunan Mingguan pada 9 Mac 2015. Turut sama mengiringi pengarah untuk gimik pelancaran program ini ialah Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansur, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Doimeh Dolinting, Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya, Nurliza Zakaria dan Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), June Quelistha Jaiful.

Dalam ucapan perasmian, Encik Rangiah menegaskan tentang konsep guru penyayang yang diaplikasikan dalam program ini tetapi dijenamakan semula mengikut persekitaran semasa. Pengarah turut mengingatkan pelajar supaya sentiasa jujur dan tidak memutarbelitkan cerita sehingga menyebabkan kesulitan kepada pihak pentadbiran sekolah seperti yang pernah berlaku di sekolah lain sebelum ini. 

Selain itu, beliau turut meminta supaya warga KV Tawau tidak terlalu ego untuk menyatakan perkataan MAAF sekiranya melakukan kesilapan kerana perkataan yang mempunyai 4 huruf ini mampu untuk mengubah hubungan kemanusiaan.


June Quelistha Jaiful merupakan Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sesi 2014/2015 | Foto oleh Carlos George
Menurut maklumat daripada Pengerusi Kelab PRS yang membentangkan kertas kerja program, pelaksanaan Program Pensyarah Penyayang adalah berdasarkan kepada pelan aktiviti jangka pendek dan jangka panjang, seperti berikut:
  • Pensyarah mengalu-alukan kehadiran pelajar
  • Pensyarah memberi penghargaan kepada pelajar
  • Pensyarah Sumber Inspirasi
  • Pensyarah memberi pujian dan peneguhan positif dalam kelas