Jaguh 2014 Terima Penghargaan

Gambar kenangan selepas Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Untuk Penerima APC 2014 | Depan dari kiri: Darawati Pataruddin, Azman Mansur, Rangiah A/L Muthusamy, Doimeh Dolinting, Mohd Fadzilah Husin | Barisan ke-2 dari kiri: Sharipah Rafidah Binti Syaid Mohammad, Sarina Binti Mail, Siti Aisyah Ong Jia Li, Yushasmaniza Binti Md Yunus, Mariah Binti Md Nawi | Barisan belakang dari kiri: Yee Wai Chiong, Awang Wahid Bin Awang Ahmad, Ahmad Zulfadhli Bin Ahmad Zuhdi, Mohd Azmi Bin Ulkaya, Mohd Hashim Bin Lahiban, Suhaibol Bin Awang Besar, Ahmad Hussain Bin Ahmad Rusdi | Foto oleh Carlos George

"Inilah Jaguh-jaguh saya tahun 2014", kata Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy dalam ucapan ringkasnya sebelum menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014, jam 7.30 pagi semalam.

"Saya terima APC sebanyak tiga kali dan kali terakhir ialah Anugerah Pengetua Cemerlang, tetapi yang bagi saya surat Anugerah Cemerlang ialah kerani sekolah. Oleh itu, saya tidak mahu jaguh-jaguh saya mendapat nasib yang sama. Biar pengarah sendiri yang menyampaikan surat penghargaan kepada guru-guru", tambahnya lagi.

Cikgu Yushasmaniza menerima surat APC daripada Pengarah, Encik Rangiah | Foto oleh Carlos George

Encik Rangiah yang dijadualkan bertolak pada jam 9.55 pagi ke Kota Kinabalu untuk Mesyuarat Pengurusan Pengetua sehingga 17 April, meluangkan masa untuk menjayakan majlis ini.

Pengarah turut memaklumkan bahawa pemilihan calon APC 2014 adalah dimuktamadkan oleh Panel APC yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah BPTV, Puan Hajah Karteni Binti Haji Osman pada bulan Disember tahun lepas.

Pengarah mengucapkan tahniah kepada semua penerima APC 2014 dan dengan satu harapan "Teruskan Kecemerlangan Anda...".

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Yayasan Sarawak, Sarawak pada 28 April 2015.