Bola Jaring KV Tawau Juara MSS Daerah Tawau 2015

Gambar kenangan para pemain bersama pengurus pasukan dan jurulatih selepas Majlis Penyampaian Hadiah | Foto oleh Mayah Mustapha

Pasukan Bola Jaring Kolej Vokasional (KV) Tawau mempertahankan gelaran juara MSS Daerah Tawau yang dimenangi tahun lepas, dengan menundukkan pasukan SMK Tawau dengan jaringan 24-20 dalam perlawanan akhir.

Pasukan KV Tawau tewas kepada pasukan yang sama dalam peringkat kumpulan.

Pertandingan ini adalah anjuran SM Konven St Ursula, Tawau dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Tawau yang telah berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Tawau pada 15 dan 16 April 2015.  

Gambar pasukan selepas tewas dalam perlawanan ke-2 peringkat kumpulan di hadapan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Tawau | Foto oleh Carlos George

Tahniah kepada pengurus, jurulatih, guru pengiring dan pelajar yang terlibat dalam pasukan ini. 

Para pemain nampak seronok semasa melakukan aktiviti "Warming Up" sebelum perlawanan menentang SMK Balung | Foto oleh Carlos George
Antara aksi dalam perlawanan menentang Pasukan SMK Balung, Tawau | Foto oleh Carlos George

Berikut ialah pencapaian Pasukan Bola Jaring dalam Pertandingan Bola Jaring Peringkat MSS Daerah Tawau 2015.

Peringkat Kumpulan
KV Tawau (31) vs (4) SMK Pasir Putih
KV Tawau (8) vs (15) SMK Tawau
Suku akhir
KV Tawau (16) vs (8) SMK Balung
Separuh Akhir
KV Tawau (21) vs (5) SMK Kuhara
Akhir
KV Tawau (24) vs (20) SMK Tawau

Pasukan Bola Jaring Kolej Vokasional Tawau juga merupakan Naib Juara dalam Karnival VOKTEK Zon Sabah dan W/P Labuan yang telah berlangsung baru-baru ini.

Pasukan ini dijangka akan mewakili Daerah Tawau untuk bertanding di peringkat Negeri Sabah pada masa yang akan dimaklumkan kelak. Semoga pasukan ini akan mencapai kejayaan yang lebih berharga di peringkat negeri nanti...