Jamuan Makan Malam Eratkan Hubungan Kekeluargaan

Sup tulang dan sup daging payau menjadi tumpuan utama dalam jamuan ini... | Foto oleh Carlos George

Jamuan Makan Malam anjuran Flat Rindu 1, Kolej Vokasional Tawau telah berlangsung lebih kurang jam 8.00 malam 17 April lalu bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara penghuni flat dan pensyarah Kolej Vokasional Tawau.

Jamuan ini bermula dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Mohd Kamarul Bahri.


Makanan panggang turut menjadi tumpuan selain daripada sup... | Foto oleh Carlos George

Antara menu istimewa dalam jamuan ini ialah sup daging dan sup tulang payau.


Suasana jamuan dibawah Flat Rindu 1, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Turut hadir dalam jamuan makan ini ialah para pensyarah yang tinggal berdekatan dan Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansor. 

TPA, Encik Azman Mansor bersama Ustaz Mohd Kamarul menikmati hidangan dengan berselera... | Foto oleh Carlos George

Jamuan makan seumpamanya bakal diadakan lagi selepas hari raya nanti.