Kriket Terlepas Aksi MSS Tenggara

Perlawanan antara Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (batting) menentang SMK Kabota (fielding) di Padang SK Tanjung Batu Keramat, Hilltop, Tawau | Foto oleh Carlos George

Pasukan Kriket Kolej Vokasional Tawau terlepas peluang untuk beraksi dalam Kejohanan Kriket Bawah 18 Tahun Peringkat MSS Zon Tenggara apabila mendapat makluman yang lewat daripada pihak penganjur.

Kejohanan yang telah berlangsung pada 20 - 23 April 2015 di SK Tanjung Batu Keramat menyaksikan hanya 5 buah sekolah mengambil bahagian. Empat buah sekolah dari Daerah Tawau iaitu SMK Tawau II, SMK Jalan Apas, SMK Kabota dan SMK Kuhara serta sebuah sekolah dari Daerah Lahad Datu iaitu Sek. Men. Sains Lahad Datu.

SMK Kabota menyertai kejohanan ini buat pertama kali pada tahun ini... | Foto oleh Carlos George

SMK Tawau II telah menjadi juara dalam kejohanan ini.

Para pemain yang terpilih akan beraksi dalam Pertandingan Kriket MSS Peringkat Negeri di Sandakan pada awal bulan Mei 2015.

Gambar kenangan pemain bersama guru pengiring dan umpire selepas tamat perlawanan... | Foto oleh Carlos George

Kolej Vokasional Tawau mempunyai beberapa pemain berpengalaman yang pernah bermain diperingkat negeri dalam Kategori Bawah 15 tahun dan masih bersemangat untuk meneruskan minat mereka dalam permainan ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan lain tidak dapat dielakkan antaranya ialah peralatan kriket yang tidak lengkap, menyebabkan pasukan Kolej Vokasional Tawau tidak dapat berlatih untuk tujuan persediaan sebelum tarikh kejohanan dimaklumkan.