Pertandingan Bercerita Serlah Bakat Pelajar

Fadilah Binti Baharun (kiri) dan Nurul Athirah Binti Rudin (kanan) merupakan salah satu daripada pasangan duo yang menyampaikan cerita mengenai Salahudin Al Ayubi dalam pertandingan ini... | Foto oleh Carlos George 

Pertandingan Bercerita anjuran Kelab PERPIS Kolej Vokasional (KV) Tawau yang berlangsung semalam, menyaksikan enam kelab dan persatuan menghantar wakil masing-masing untuk merebut gelaran juara.

Pertandingan yang diadakan buat julung kali ini ternyata membuka satu lembaran baru bagi pencarian bakat bercerita. 

Daripada enam peserta solo dan duo yang nampak bersemangat menyampaikan cerita mereka, hanya sebilangan sahaja yang berjaya menyerlahkan bakat masing-masing. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad adalah ditangan juri yang telah dilantik.

Juri pertandingan, dari kiri Nuraishah Sahada, Erna Salamin dan Nuur Husna Baharuddin | Foto oleh Carlos George
Hakim masa, Puan Adibah Aspah (kanan) dan pasangan pengacara majlis, Farhana (dua dari kanan) dan Zen Ghazali (dua dari kiri)...

Berikut ialah senarai peserta yang menyertai pertandingan ini.

  1. DUO: Nurul Khailesah Izzati Binti Basaan dan Rabiatul Nurhajar Binti Kaleh (Imam As Syafie)
  2. SOLO: Auni Amirah Binti Ismail (Tok Janggut)
  3. DUO: Nurul Athirah Binti Rudin dan Fadilah Binti Baharun (Salahudin Al Ayubi)
  4. SOLO: Muhammad Ehzan Bin Wisma (Imam As Syafie)
  5. SOLO: Siti Nur Nadzirah Binti Hussain (Imam As Syafie)
  6. SOLO: Farzana Binti Abdul Sakka (Mat Salleh)

Muhammad Ehzan adalah satu-satunya peserta lelaki dalam pertandingan ini...

Tahniah kepada pihak penganjur dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pertandingan ini..