Tujuh Guru Terima Hadiah KKRKVT

Puan Nurcahaya Pandu (depan kanan) menerima hadiah daripada Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (tengah) sambil diiringi oleh Pengerusi KKRKVT, Encik Mohd Fadzilah Husin (depan kiri) | Foto oleh Carlos George

Tujuh orang guru/pensyarah Kolej Vokasional Tawau menerima hadiah penghargaan daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kolej Vokasional Tawau (KKRKVT) dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej, Isnin lepas. 

Hadiah yang diterima merupakan hadiah menimang cahayamata dan hadiah perkahwinan. Hadiah disampaikan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Antara penerima hadiah menimang cahayamata ialah Puan Norcahaya Pandu, Puan Refah Simon, Puan Siti Sabiha Muthia, Puan Mariah Hj Nawi, Puan Sharliza dan Encik Azmi Ulkaya manakala, penerima hadiah perkahwinan ialah Cikgu Suhaibol Awang Besar.


Ustaz Mohd. Ridzuan Shah (kanan) mewakili Cikgu Suhaibol untuk menerima hadiah perkahwinan

Dalam majlis yang sama, sumbangan kebajikan turut disampaikan kepada Cik Nurlia Masmuding, pelatih VTO yang mengalami musibah kebakaran di kawasan Hilltop pada 9 Mac 2015 yang lepas.


 
 Puan Refah                                 Puan Sabiha

 Puan Sharliza                             Puan Mariah

 Wakil Encik Azmi, Puan Adibah