Program Bantuan Pasca Banjir RM1.00 Per Murid

Akram Syahiran, pelajar Program Diploma Tahun 1, Teknologi Kimpalan memasukkan RM1.00 ke dalam Tabung RM1.00 Per Murid sambil diperhatikan rakan sekelas semasa Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej | Foto oleh Carlos George

Unit Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bersama Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Vokasional Tawau akan mengedarkan Tabung RM1.00 per Murid ke semua kelas bagi mengutip derma untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada Kolej Vokasional Tanah Merah, Kelantan.

Untuk makluman, Program Bantuan Pasca Banjir RM1.00 Per Murid adalah anjuran Kolej Vokasional Tanah Merah dengan kerjasama Majlis Kaunselor Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Kebangsaan, BPTV.


Cikgu Norcahaya Ghani (tengah) dan Cikgu Shim Kui Ling (kanan) turut memberikan sumbangan bagi tabung ini | Foto oleh Carlos George

Kepada mereka yang ingin menyampaikan sumbangan secara peribadi, anda masih boleh berbuat demikian dengan menyalurkan wang derma ke BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) CAWANGAN TANAH MERAH (No. Akaun: 03054010000395).


Unit PRS yang memakai pakaian korporat ungu bertanggungjawab mengutip derma bagi tabung ini | Foto oleh Carlos George

Bersama-samalah kita membantu warga kolej vokasional seluruh Malaysia!!!...