Ceramah Dadah Diharap Tingkatkan Kesedaran

Cikgu Rosdiana (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Koperal Detektif Hasanuddin (kanan) selepas sesi ceramah selesai | Foto oleh Carlos George

Dua pasukan unit beruniform iaitu Persatuan Pengakap  dan Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat Kolej Vokasional (KV) Tawau menyertai Kor Kadet Polis KV Tawau dalam siri program ceramah kesedaran undang-undang dan jenayah dengan kerjasama Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ceramah ini telah berlangsung semalam, 15 April 2015 pada jam 8.00 pagi di Dewan Tun Ahmad Shah, KV Tawau. 

Penceramah, Koperal Detektif Hasanuddin Bin Sumadi merupakan pegawai dari IPD Tawau dibawah Jabatan Penguatkuasaan Undang-undang. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah Undang-undang Dadah.

Ceramah yang berfokuskan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 ini, secara ringkasnya menerangkan tentang fungsi akta ini dalam mengawalselia import, eksport, pengilangan, penjualan dan penggunaan opium, dadah berbahya dan bahan-bahan berkaitan. Akta Dadah Berbahaya 1952 kemudiannya dipinda pada 1985 dengan nama Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Siri program ceramah anjuran Kor Kadet Polis KV Tawau ini akan berlarutan sehingga ke hujung tahun pengajian sesi 2015, pada masa dan tarikh yang bakal ditetapkan setelah mengambilkira aktiviti-aktiviti wajib kolej.


Beberapa orang pelajar bersama guru penasihat yang mengikuti sesi ceramah ini mengambil peluang untuk merakam gambar kenangan dengan penceramah | Foto oleh Carlos George

Baca juga:
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan-peraturannya