APC Kali Yang Ke-3 Buat Cikgu Darawati

Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (kanan) menyampaikan Sijil APC kepada Cikgu Darawati Pataruddin (kiri) di Bilik Tetamu Pentadbir, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Cikgu Darawati Binti Pataruddin telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau sejak 2002 menerima penghargaan daripada Pengarah, Encik Rangiah apabila menyampaikan sendiri sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang disini, semalam.

Cikgu Darawati tidak dapat menyertai Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna Yayasan Sarawak pada 28 April 2015 yang lalu kerana masalah kesihatan yang diakibatkan oleh soft tissue injury dan dinasihatkan untuk berehat oleh doktor.

Cikgu Darawati yang kini memegang jawatan Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP) dan mantan Ketua Jabatan Sains dan Matematik merupakan penerima APC bagi tahun 2004, 2008 dan 2014.

Para penerima APC menerima Sijil Penghargaan APC dan Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN bernilai RM1000 bermula tahun lepas.