Perpindahan Guru: Cikgu Suhaiza ke Jitra, Kedah

Cikgu Suhaiza Undan semasa memberikan ucapan perpisahan sempena Jamuan Perpisahan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Umum | Foto oleh Carlos George

Cikgu Suhaiza Binti Undan mula bertugas di Kolej Vokasional Tawau pada 16 Januari 2007 dan setelah mencuba beberapa kali sebelum ini, akhirnya permohonan pindah telah berjaya. Sama seperti kes guru yang lain, permohonan pindah ini adalah untuk bersama dengan suami dan keluarga yang tercinta.

Oleh kerana, Kolej Vokasional Tawau merupakan sekolah posting yang pertama, semestinya banyak perkara yang pasti sukar dilupakan dan akan sentiasa menjadi kenangan bagi diri Cikgu Suhaiza. Dan, ianya terserlah semasa menyampaikan ucapan terakhir dalam Majlis Jamuan Perpisahan anjuran Jabatan Pendidikan Umum di Restoran Perdana, Kolej Vokasional Tawau.

Selama berada di Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Suhaiza mengajar matapelajaran Fizik, Applied Sains, Sains dan turut terlibat dalam Jabatan Pentaksiran dan Penilaian (JPP).

Cikgu Suhaiza akan bertugas di tempat sendiri di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu.

Gambar kenangan semasa Jamuan Perpisahan Cikgu Suhaiza (sila klik untuk pembesaran) | Foto oleh Carlos George
Penghargaan daripada Pihak Pentadbir yang disampaikan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy
Penghargaan daripada KKRKVT yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi, Mohd Jamry Latief
Penghargaan daripada Jabatan Penilaian dan Pentaksiran yang disampaikan oleh Ketua Jabatan, Darawati Pataruddin
Penghargaan daripada Jabatan Pendidikan Umum yang disampaikan oleh Ketua Jabatan, Ishak Japar

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Suhaiza yang berjaya mencapai misi untuk berpindah demi keluarga, semoga dipermudahkan segala urusan dan lebih cemerlang ditempat baru.