KV Tawau Hantar Rombongan Sertai MYSILAT MYFEST

Antara peserta yang akan menyertai CUBAAN REKOD DUNIA MYSILAT MYFEST 2015 | Foto oleh Carlos George

Satu rombongan pelajar dan pensyarah bakal menyertai MYSILAT MYFEST 2015 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2015.

MYSILAT MYFEST bakal membuat Persembahan Silat Terbesar Dunia merangkap Percubaan Rekod Dunia Guinness World Record (GWR) dengan jumlah 50,000 Pesilat daripada Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia. Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 13 tahun ke atas yang beragama Islam.

Setakat ini, 36 orang pelajar telah mengesahkan penyertaan bersama empat orang guru pengiring, Cikgu Mohd Fadzilah Husin, Cikgu Anif Hamzah, Cikgu Arif Rahima dan Cikgu Aslinah Abdul Majid.

Sebagai makluman, rekod dunia untuk persembahan terbesar seni mempertahankan diri dipegang oleh Negara China pada 8 Ogos 2009 apabila mempersembahkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang disertai oleh 33,996 orang peserta di hadapan Stadium Bird Nest, Beijing. Acara berkenaan dianjurkan oleh Beijing Municipal Bureau of Sports untuk Fitness Day Peringkat Kebangsaan di China. (Sumber: http://www.guinnessworldrecords.com/)


Maklumat lanjut berkenaan MYSILAT MYFEST boleh dilayari di:
Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/50-000-pesilat-bakal-cipta-rekod-dunia-1.113046
Utusan Malaysia: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Selatan/20140305/ws_07/Sasar-kumpul-50000-pesilat-seluruh-negara-cipta-rekod
The Rakyat Post: http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/03/28/silat-cekak-pusaka-hanafi-bakal-catat-rekod-dunia/
MYSILAT Official FanPage: https://www.facebook.com/groups/mysilat/