Pertandingan Kad Perayaan: Kreativiti Menjadi Taruhan!!

Pengarah, Encik Rangiah menyampaikan voucher hamper kepada Pemenang Pertama Kategori Diploma Tahun 1, Pillar, wakil Program Kosmetologi (HKM) | Foto oleh Carlos George

Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya telah menganjurkan Pertandingan Membuat Kad Perayaan untuk Kad Hari Jadi dan Kad Hari Raya dari 7 hingga 15 Julai 2015.

Antara tujuan pertandingan ini ialah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah. Selain itu, pertandingan ini juga diharap dapat memupuk semangat kerjasama, meningkatkan usaha dan komitmen para pelajar dalam menghasilkan kad-kad berkenaan.


TPA, Encik Azman Mansur menyampaikan voucher kepada pemenang pertama Kategori Pra Diploma Tahun 1, Jaidi, wakil Program Perakaunan (BAK) | Foto oleh Carlos George

Antara aspek yang dinilai dalam pertandingan ini ialah kekemasan, usaha, kerjasama dan yang paling utama, kreativiti.

Para pemenang dikategorikan mengikut tahun pengajian dan menerima voucher berupa hamper daripada COOPMART Kolej Vokasional Tawau.


TPSA, Encik Doimeh Dolinting turut memberikan penghargaan kepada mereka yang tidak berjaya mencapai tahap terbaik dalam penghasilan kad perayaan pada kali ini... | Foto oleh Carlos George 

Berikut ialah senarai pemenang pertandingan ini:

Kategori: Pra Diploma Tahun 1
1.  Program Perakaunan (BAK)
2.  Program Bakeri & Pastri (HBP)

Kategori: Pra Diploma Tahun 2
1.  Program Fesyen dan Pembuatan Pakaian (HFP)
2.  Program Seni Kulinari (HSK)

Kategori: Diploma Tahun 1
1.  Program Kosmetologi (HKM)
2.  Program Perakaunan (BAK)

Tahniah kepada semua pemenang!!!