Ular Sawa Gempar Flat KV Tawau

Encik Mohd Saip Bin Hindia (memegang tolimbu atau alat mengorek lubang) sambil diperhatikan oleh Cikgu Abdul Qahar Sabang (belakang) | Foto oleh Carlos George

Seekor ular sawa lebih kurang 2.5 meter panjang di kawasan Flat Rindu 2 tewas ditangan Encik Mohd Saip dengan menggunakan alat mengali lubang.

Kehadiran ular sawa ini mula disedari oleh Encik Saip kira-kira jam 5:30 pagi setelah selesai solat subuh apabila burung peliharaan Encik Koboi di tingkat satu tidak berhenti berbunyi. Beliau yang turun ke bawah terlihat kelibat ular ini dan pada masa yang sama ular tersebut cuba untuk bersembunyi dibawah tangki biru Flat Rindu 2.

Oleh kerana kawasan bawah tangki agak sempit, ular ini keluar semula dari tempat persembunyian dan mula menjalar menyusuri parit.

Pada masa itulah, Encik Saip membenamkan tolimbu keatas kepala ular ini beberapa kali sehingga ular ini tidak lagi bergerak. 

"Ini merupakan tanggungjawab yang perlu saya lakukan demi keselamatan warga flat. Sekiranya ular ini terlepas, mungkin ada antara warga flat kita ini menjadi mangsa", ulasnya.

Kejadian ini berlaku pada hari Isnin, 27 Julai 2015.