KPI Perlu Dipamerkan Untuk Makluman Umum

Tuan Haji Arshad Md Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Sektor Bukan Kejuruteraan dari Bahagian Kejurulatihan PTV (dua dari kiri) dan Cik Hajah Zuraidah Ridzwan, Ketua Penolong Pengarah Unit Personel Pendidikan dari Bahagian Pengoperasian PTV (dua dari kanan) sedang memberikan perhatian kepada maklumat yang disampaikan oleh Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy (kiri) semasa Lawatan Kerja Pemantauan PBPPP Pengarah KV Tawau pada 28 Julai 2015. Turut sama, Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur (tiga dari kiri), Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting (tiga dari kanan) dan Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Yusuf (kanan) | Foto oleh Carlos George.

"KPI perlu dipamer supaya pencapaian semasa dapat diukur berdasarkan KPI yang disasarkan". Itu adalah antara saranan Tuan Haji Arshad Bin Md. Yusoff semasa memberikan ucapan penghargaan sempena Lawatan Kerja Pemantauan PBPPP Pengarah Kolej Vokasional (KV) Tawau baru-baru ini. 

Menurut laman 1Klik milik Kementerian Penerangan Malaysia, KPI atau Key Performance Index (Petunjuk Prestasi Utama) adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi (PKPA Bil. 2/2005). Prinsip-prinsip KPI ialah meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka, diukur dalam keadaan normal dan selaras dengan misi dan visi organisasi. KPI adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi.

Tuan Haji Arshad semasa memberikan ucapan dalam majlis ringkas mengalu-alukan kedatangan rombongan di Bilik BMG1 | Foto oleh Carlos George

Menurut Tuan Haji Arshad, KV Tawau merupakan kolej yang ke sembilan dalam Siri Lawatan Pemantauan PBPPP bagi tahun 2015 dan beliau amat berpuashati dengan maklumat yang disampaikan oleh Pengarah melalui persembahan powerpoint.

Zuraidah Ridzwan
"Daripada persembahan powerpoint ini, kita dapat melihat suasana dan perkembangan pelajar dan guru dalam kolej ini, namun, projek baru dan inovasi terkini pelajar perlu diperbanyakkan supaya kita dapat melihat perkembangan semasa kolej ini melalui pencapaian dari segi pembentukan tenaga mahir", tambah beliau dalam ucapannya.

Sebelum itu, Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy telah menjelaskan tentang penglibatan pelajar dan guru dalam mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan seperti Hari Terbuka Hospitaliti, Outreach dan School Entreprise (SE).

Menyentuh mengenai PBPPP, Tuan Haji Arshad memberitahu bahawa penilaian yang tepat sukar dilakukan kerana setiap item memerlukan evidence (bukti) dan dokumen sokongan yang lengkap. "Kita boleh bagi aras penilaian 1 atau 4 tetapi setiap pilihan ini memerlukan sokongan atau bukti", jelasnya.

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy menyampaikan cd yang mengandungi bahan powerpoint serta dokumen sokongan sebagai rujukan dalam proses penilaian PBPPP | Foto oleh Carlos George

Pemantauan PBPP yang bermula kira-kira jam 8.15 pagi ini berakhir kira-kira jam 3.15 petang.

TPSA, Encik Azman (kiri) berkongsi maklumat mengenai isu-isu berkaitan akademik semasa jamuan ringan bersama tetamu | Foto oleh Carlos George